Bab 3
I dedicate this song to you
The one who never sees the truth
That I can take away your hurt,
Heartbreak girl
Hold you tight straight through the day light,
Im right here when you gonaa realise
That Im your cure,heartbreak girl
“Assalamualaikum,bro!Whats up?”Soal Amir Farhan apabila menjawab panggilan daripada Nazril Raiqal.
“Waalaikumusalam,Mir!!”Lemah sekali suara Nazril Raiqal kedengaran.
‘Aik?Tak silap aku semalam kitorang lepak sekali.Tak ada pulak tanda-tanda Si Nazril ni nak demam?’Monolog Amir Farhan.
“ Naz?Kau pehal?Tak ada hujan tak ada ribut tetiba aja lain macam.Ada masalah dunia ke?”Soal Amir Farhan kalut.Tak pernah-pernah Nazril Raiqal ni buat perangai.Last dia macam tu pun masa mama suruh dia...Argh!!Tak payah nak serabut fikirkan hal tu.
“Mir,kau kena tolong aku!Aku dah tak tahu nak luah dekat siapa.”Raung Nazril Raiqal di corong telefon.Amir Farhan mengerutkan dahinya.
“Hoi,kau lupa ke yang sejak dulu hingga kini akulah tempat kau luah perasaan.Semua yang ada pada kau aku tahu tak kira bila ada masalah,gembira,serabut,sakit hati dan sewaktu dengannya.”Panjang pula bebelan Si Amir Farhan.
“Ya,ya!Aku lupa yang kau ni bagai bayang aku.Semua tentang aku kau tahu.Tapi masalah ni belum kau tahu lagi.Meh aku cerita.”Kata Nazril Raiqal bersungguh-sungguh.
“Okay,cuba cerita dekat aku.”Sejurs itu Nazril Raiqal meceritakan tenang apa yang terjadi di pejabatnya tadi.Amir Farhan selaku pendengar hanya mengangguk mendengar cerita Nazril Raiqal.
“Oh jadi maam tu ya.Susah jugak kau nih!Em,apa kata kau pinjam secretary aku?”Cadang Amir Farhan.Dia juga merupakan seorang bos tapi dia diletakkan di cawangan lain yang terletak berdekatan dengan pejabat Nazril Raiqal.
“Wei,susah-susah kau aja.Kau tak ada meeting ke hari nih?”Soal Nazril Raiqal.Bimbang juga dia akan menyusahkan sahabatnya itu.
“Emm,kejap.Rasa-rasanya aku ada meeting pukul 11 tengah hari..Sempat kot dengan meeting kau.Kau pukul berapa?”Tanya Amir Farhan yang sedang membelek diarinya.
“Owh,aku pukul 1 petang nanti di Vellians Holdings.”Terang Nazril Raiqal ringkas.
“Laa,dekat situ rupanya.Aku dekat Supercity Holdings.”Amir Farhan meletakkan tangannya ke kepalanya.Sempat ke tidak ya?
“Ish,jauh tu.Tak sempat nak pergi pejabat aku.Sebab kitorang nak lunch sekali.Humm,tak apa lah kalau macam tu”Ujar Nazril Raiqal perlahan.Amir farhan yang mendengar berasa bersalah kerana tidak dapat membantu sahabatnya itu.
“Ril,so sorry aku tak dapat tolong kau.”Pohon Amir farhan dengan nada memujuk.
“Hmm,nak apa.Nak buat macam mana,dah suratan dari Ilahi,”Kata Nazril Raiqal redha.
“So,macam mana?”Soal Amir Farhan.
“Aku dah mintak Kak Mai tolong carikan secretary untuk aku.”Kata Nazril Raiqal ringkas.
“And??”
“Alhamdulillah,ada orang yang sudi tolong aku jadi secretary aku untuk hari ni!”Kata-kata daripada Nazril Raiqal berjaya membuatkan Amir Farhan menarik nafas lega.
“Alhamdulillah.Kenapa kau tak cakap awal-awal dah jumpa.Kau ni kan..”Bentak Amir Farhan geram.Buat susah-susah dia aja pening memikirkan masalah sahabatnya itu.Kata-kata Amir Farhan disambut dengan ketawa oleh Nazril Raiqal.
“Aku saja je nak test kau.Nampaknya kau masih lagi sudi tolong aku dalam menyelesaikan masalah aku.Siap nak bagi secretary kau dekat aku kot.”Nazril Raiqal ketawa mengingatkan perbualan mereka sebentar tadi.Amir Farhan yang mendengar sudah menggelegak.
“Kau ni memang sewel lah.Nak tercabut tak aku fikir cara penyelesaian masalah kau.Boleh pulak kau main-mainkan aku ya!”Marah Amir Farhan.Badannya sudah disandarkan pada kerusi miliknya.
“Hehe,sorry lah bro.”Ucap Nazril Raiqal memohon maaf.
“Aku tak kira.Kau kena belanja aku makan malam ni.No excuse.”Arah Amir Farhan dengan tegas.
“Ya.Aku janji aku belanja kau makan.dekat tempat special lagi.Malam ni,pukul 8.”Janji Nazril Raiqal sambil ketawa.Seronok dapat kenakan rakannya.
“Kau jangan bawak aku dekat tempat yang romantik.Aku tak gay!!”Jerit Amir Farhan di corong telefon.Terbuntang mata Nazril Raiqal mendengar kata-kata Amir Farhan.
“Kau...Choi!!”Marah Nazril Raiqal.Mereka sama-sama ketawa sebelum memutuskan talian.
==============================================================
Jam sudah menginjak pukul 3 petang.Maknanya,sekarang aku hanya perlu tunggu waktu dan ketika sahaja untuk ke mesyuarat bersama-sama dengan bos aku yang bernama Encik Nazril Raiqal.Rasa gugup mula menguasai diri.
“Aish,boleh ke aku jadi secretary ni.Buatnya aku jadi minah kalut kat sana nanti,tak ke naya mamat tu..Oish,malu!”Bebel aku sendirian.Waktu sedang berjalan,namun aku masih belum melihat kelibat bos handsome itu.Eh,tahu-tahu pulak yang nak muncul ni handsome.Kalau tua?
“Er,Cik Ayeshaz?”Aku mendongakkan kepala.Air liur ku terasa kesat.Alahai,handsomenya....Sangat!
“Er..ya saya.Pak Cik nih siapa?”Aku bertanya gugup.Alamak!Aku panggil pak cik?Kes naya nih!
“Hahaha..Jom.Kita dah nak bergerak ke Internity Holding.Kereta dah tunggu dekat bawah.”Lelaki itu sudah bergerak ke lift.Aku mengikutnya dari belakang.
“Alahai,mambang!Aku ingat muda.Boleh pula yang muncul ni tua kerepot.Wargh!Kenapa kisah aku ni tak sama dengan novel.Nak bos handsome!!”Tempik aku dalam hati.Hatiku sudah hancur berkecai menyebabkan aku tidak bersemangat lagi untuk bekerja.
Setibanya aku di lobi,aku diarahkan oleh pak cik tadi ke kereta yang terletak elok di hadapan pintu masuk.
“Pak cik nak pergi mana?”Aku menekup mulut menggunakan tangan.Terlepas panggil lagi!
“Adalah,kamu pergi naik kereta dulu.Cepat kalau tak kamu kena tinggal.”Ugut pak cik tu.
Aku terus menapak ke kereta dengan hati yang sarat dengan rasa kecewa.Aku mengambil keputusan untuk duduk di sebelah pemandu.Tidak lama selepas itu pintu pemandu dibuka dari luar.
“Sorry,Im late.I need to finished up the work before meeting.”Ek?Mati ber’duduk’ aku hari ni.Mambang mana pulak yang muncul depan aku nih.Dahla naik kereta sekali.Kenapa hari ni banyak kejutan??
“Err,I think you get to the wrong car.Im waiting to my boss and affortunately is not you!”Lancang sekali mulut aku berkata-kata.Ish,mana pulak pak cik tua tadi nih!
“Haha,dont getting wrong my dear.Saya bos awak.Ops,for this time I guess.Saya ada kerja tadi.Itu yang saya suruh Pak Majid panggil awak turun bawah.”Terang lelaki yang mengaku dirinya bos.Aku terkelu.Maknanya,bos aku memang handsome?
“Oh My Bos.Why are you so hansome?”soalan yang tidak pernah aku jangka keluar dari bibir munggilku ini.Dia,Encik Nazril Raiqal ketawa mendengar soalanku yang tak masuk dek akal.
“Saya biasa jelah.Tang mana yang handsome?Muka?Haha”Encik Nazril Raiqal terus ketawa.Kereta sudah bergerak ke Vellians Holdings.
“Haah.Muka bos yang handsome.Sumpah.Macam dalam novel.Alangkah dunianya kalau saya dapat bos.”Huish,dengan selamba ultraman saja aku mengungkapkan apa yang terlahir dalam hati yang suci ini.
“Ya Allah,lurus betul lah awak nih.Dah-dah.Saya nak drive pun tak senang.”Aku diam sambil menyilangkan tanganku.Protes!Aku puji je kot.Takkan tak boleh?
Selama 20 minit kami berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang suara.Bosan mula menguasai diri.Ish,bos nih tak ada rasa nak berbual dengan aku ke?
“Bos!”Encik Nazril Raiqal berpaling.Dahinya berkerut manakala keningnya terangkat sedikit seolah-olah bertanya mengapa aku memanggilnya.
“Saya bosan lah Bos.Walaupun saya tak kenal bos dan saya hanya secretary cilok aja,saya nak borak-borak dengan bos.”Aku meluahkan apa yang terpendam di hati.Harap muka aja handsome tapi tak nak bercakap.
“Hum,okay.Kita kenal-kenal.Saya Nazril Raiqal.No skinship!”Aku mengangguk setelah mendengar kata-kata Encik Nazril Raiqal tadi.Bagus betul.Maknanya,dia tak nak bersalaman dengan aku sebab kami nih bukan muhrim.
“Saya Nur Ayeshaz Amani.Jangan risau,Saya tak bersentuhan dengan lelaki yang bukan muhrim.Diri saya hanya untuk suami saya kelak”Encik Nazril Raiqal mengangguk tanda faham.
“Oh ya.Lupa saya nak ucapkan terima kasih sebab jadi secretary terjun saya.”Aku ketawa mendengarnya.Secretary terjun?Bidan terjun adalah!
“Alahai bos.Tak sangka bos nih sengal jugak.Sama-sama.Actually,bos nih single ke dah berpunya?”Soal aku.Tubuhku sudah dipalingkan menghadapnya.
“Em,buat masa sekarang saya masih belum nak ada komited dengan mana-mana perempuan kecuali keluarga saya.Saya nak fokus dengan kerja saya dulu.So,awak jangan cuba-cuba nak pikat saya ek”Suara Encik Nazril Raiqal kedengaran agak tegas namun ada ketawa di hujung nada.Aku menarik nafas lega.
“Alah,bos.Saya baru aja plan nak pikat bos.Yelah,saya ni selalu berangan nak kahwin dengan bos sendiri.Kempunanlah saya kalau macam nih.”Aku cuba bergurau dengan Encik Nazril Raiqal beserta senyuman.
“Hahaha.Ya ka?Wah,nampaknya melepaslah awak.”Kami sama-sama tergelak mendengar jenaka yang kami buat sendiri.
‘Aku memang tak boleh nak terikat dengan mana-mana perempuan dah.Kalau tidak,mati aku dikerjakan...”Bisik hati Nazril Raiqal.
Tidak lama selepas itu,kami tiba di Vellians Holdings.Okay!Let’s start the work!
...........................
Alhamdulillah,aku berjaya melalui saat-saat aku menjadi secretary ‘terjun’ Encik Nazril Raiqal.Daripada pemerhatian aku,Encik Nazril Raiqal merupakan seorang yang komited dengan kerja.Ralit sungguh aku melihat dia membentangkan projek tanpa rasa ragu.Sangat berkeyakinan.
“Untung betul sesiapa yang jadi isteri bos nanti”Entah kenapa,panggilan ‘bos’ sangat sebati dengan dirinya.Aku langsung tidak memanggilnya dengan panggilan’Encik’ semasa aku bercakap dengannya.
Well,aku kan berangan nak kahwin dengan ‘Bos’ lah katakan.Perlulah membiasakan diri panggil ‘bos’.Haha,lawak betul aku ni.
“Untung?Kenapa pulak Amani?”Ek?Amani?Kenapa bos panggil aku macam tu?Oh,jantungku!Janganlah kau berdegup kencang!
“Amani?Biar betik bos panggil saya macam tu!”Aku membuat muka pelik lalu memandangnya.
“Ya.Saya panggil awak Amani.Kan nama awak jugak tu.Kenapa,tak boleh ke?”Soal Encik Nazril Raiqal.
“Ya.Tersangatlah tak boleh.Saya dah pasang angan yang suami saya saja yang berhak panggil saya dengan panggilan ‘Amani’.Kalau bos nak panggil saya dengan nama tu,bos kena kahwin dengan sayalah”Jawapan aku disambut dengan ketawa Encik Nazril Raiqal.Eh,boleh pulak dia gelak?
“Adoi,tak habis-habis nak suruh saya kahwin dengan awak.Lawak lah awak ni Ayeshaz”Encik Nazril Raiqal sudah menukar panggilan aku kepada ‘Ayeshaz’.Aku tersengih.Aku rasa aku sudah jatuh cinta!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan