Selasa, 6 Januari 2015

Novel:Bos!Jatuh Cintalah Kat Aku!!2


                                                Bab 2

Hari ni aku bakal memulakan kerja di syarikat Bulletproof Side.Perghh,dengar nama pun dah gerun.Eh,macam pernah aku dengar tentang Bulletproof ni.We are bulletproof!! Hehe,aku sengal.!

Aku mengatur langkah memasuki bangunan besar itu.Bangganya aku dapat kerja kat sini!!!Teringat pulak kat novel-novel yang pernah aku baca.Pertemuan pertama dengan bos yang akhirnya menjadi suami tercinta.Sukanya!!

“Assalamualaikum,boleh saya berjumpa dengan Puan Maisara?”Soalku ramah di kaunter menyambut tetamu.

“Waalaikumussalam..Boleh,err..Adakah Cik nih pekerja baru?”Tanya gadis itu lagi.Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum

“Wah!Hai.Selamat berkenalan.Saya Farah Najwa.Just call me Far.”Farah menghulurkan tangannya lalu aku menyambutnya dengan gembira.

“Saya,Ayeshaz Amani.Selamat berkenalan jugak.”

“Oh ya!Awak boleh naik ke tingkat 9.Saya akan inform Puan Maisara.Awak boleh naik lift tuh”Farah meluruskan tangannya ke lift.

“Baiklah.Terima kasih Far.”Aku bergerak ke arah lift dan menunggunya terbuka.

Dalam aku sedang menunggu lift terbuka,sempat aku berangan.

“Aish,mana pulak bos yang handsome nih?Tak da pulak nak buat drama kat depan pintu lift ni.Gaduh-gaduh manja ke,tertekan butang lift sekali ke,syok jugak!”Bebel aku sendirian.Mataku ligat memerhati sesekali.Kalau-kalau ada lelaki kacak lagi macho yang lalu.Untung aku!Akhirnya lift terbuka namun tiada drama yang aku pinta..Sadis!

Setibanya aku di tingkat 9,aku terus meluru ke kaunter di situ.

“Assalamualaikum,Saya nak jumpa dengan Puan Maisara.Saya pekerja baru”Tuturku lembut.

“Cik Nur Ayeshaz Amani?”Tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang.Aku memalingkan kepala mengadapnya.Aku rasa inilah Puan Maisara dan sangkaanku tepat sekali apabila aku mengerling tanda namanya.

“Ya,saya!Puan Maisara kan?”Puan Maisara mengangguk.

“Jom saya kenalkan dengan pekerja-pekerja kat sini.”Kami berdua beriringan ke tempat-tempat pekerja lain untuk berkenal-kenalan.

“Mari saya bawa awak ke tempat awak.Tapi sebelum itu,awak sudah tahukan apa pekerjaan awak?”Puan Maisara sudak mengorak langkah ke tempat aku sejurus kami selesai berjumpa dengan pekerja-pekerja di syarikat ini.Aku mengikutnya dari belakang.

“Saya sudah tahu Puan Maisara.Lagipun,saya mengambil ijazah mengenai pekerjaan ini.”Beritahuku ramah.Aku kan baru saja bekerja.Kenalah bermanis muka dengan orang yang lebih lama kat sini.Lagiun,kejap lagi aku nak jumpa bos.Bos yang kacak!Alahai,Ayeshaz,sampai bila nak berangan??

“Tak payah nak ber-puan lah dengan akak.Panggil Kak Mai aja.Senang sikit.Lagipun,kita kan dah jadi officemate.Lunch nanti,kita pergi sama-sama ek?”Pelawa Kak Mai kepadaku.Aku mengangguk.Aish,dari tadi lagi,aku mengangguk.Macam burung belatuk pulak.hehe

Tiba juga kat tempat aku!Wah,cantik!Sesuai dengan aku!

“Inilah tempat Ayeshaz..Kalau ada apa-apa nak tanya,cari akak kat meja akak.Kat sana tuh..”Kak Mai meluruskan jarinya ke tempatnya lalu beredar dari sini.

“Welcome to me my table!Wah,sukanya aku!Tapi,aku belum lagi berjumpa dengan bos.Agak-agaknya,handsome dan belum berpunya tak??Humm..”Aku meletakkan jariku di bibir namun ia hanya sementara selepas aku tersedar.Aku tengah bekerja nih!Stop dreaming!

........................

“Kak Mai!Help me please!Come to my office right know!”Sedang asyik aku bekerja,aku dikejutkan dengan suara seorang hamba Allah.Mak aii!Speaking habis!

Kelihatan Kak Mai terkocoh-kocoh memasuki bilik yang tidak jauh dari situ.Mungkin,itu bos Kak Mai.Aku hanya mengangkat bahu langsung meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

===============================================================

Tok!Tok!Tok!

“Ya,masuk Kak Mai!”Laung Nazril Raiqal dari dalam.Beberapa saat kemudian Kak Mai sudah berdiri di hadapannya.

“Ada apa Encik Nazril?”Soal Kak Mai dengan suara yang agak mengah.Conform berlari untuk datang ke bilik nih!

“Oh,sorry for disturb you Kak Mai but I really need your help.”Pinta Nazril Raiqal dengan muka yang berserabut namun masih menampakkan kekacakannya itu.

“Ya,akak sedia membantu.Just tell me the truth!”Suruh Kak Mai.Nazril Raiqal mengangguk lemah.

Tiba-tiba sampul surat yang berada di atas mejanya diserahkan kepada Kak Mai.Kak Mai memandangnya dengan penuh hairan terus mengambil lalu dibacanya perlahan.

“What?Fatin Hazmanira berhenti tanpa notis 24 jam?Tapi kenapa?”Soal Kak Mai dengan nada yang tidak percaya.

“Saya pun tak tahu lah Kak Mai.Daripada pagi lagi saya tunggu dia tapi saya tak nampak pun batang hidung dia.Baru tadi dia call saya mintak saya tolong buat surat berhenti.Terkejut beruk saya masa tu.Rupanya dia ada masalah keluarga sebab itu dia tak dapat datang sekaligus mintak berhenti.So,what we gonna do?”Cerita Nazril Raiqal sambil membetulkan rambutnya yang kusut itu.Kusut dengan masalah yang menimpanya itu.

“Nampaknya kita kena cari secretary yang baru buat Encik Nazril Raiqal.Tak apa,kak Mai tolong uruskan tentang interview tu nanti.”Putus Kak Mai sambil mengangguk pasti.

“Bukan itu masalahnya kak.Hari ni saya perlu attend satu mesyuarat and I need a secretary.I really-really need her.”Luah Nazril Raiqal.Sakit hatinya apabila teringat akan secretarynya yang dulu.Namun apa yang boleh dia buat,masalah keluarga telah menimpa diri pekerjanya itu.

“Allah!Macam tu pulak ya!Adui,nampaknya kita perlu cari orang yang dapat menggantikan secretary lama Encik Nazril lah hari ni”Ucap Kak Mai disambut dengan anggukan daripada Nazril Raiqal.

“Yes,you must find him or her as soon as possible.Meeting ni tengah hari.So,we have around four hours to hire someone as my secretary.”Kata Nazril Raiqal.

“Okaylah,akak keluar dulu.Harap-harap kita jumpalah orang yang punya kelayakan menjadi secretary ni.”

“In Sha Allah.Dengan izin Allah,kak!Sama-sama kita berdoa agar urusan kita dipermidahkan.Amin!”Nazril Raiqal meraup muka lalu menyandarkan badannya pada kerusi yang empuk itu.

“Amin!”Ucap kak Mai lalu menapak keluar dari bilik itu.

===============================================================

Tidak lama selepas itu,Kak Mai keluar dari bilik itu dengan muka yang agak keruh.Kenapa pulak Kak Mai nih?Kena marah ke?Aku mengatur langkah ke meja Kak Mai.

“Kak,kenapa nih?”Soal ku sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi yang berhadapan dengan meja Kak Mai.

“Ayeshaz.....Tolong akak!Akak dah tak tahu nak cari dekat mana?”Kak Mai memegang kepalanya.Aku gelisah.

“Nak cari apa kak?Apa yang hilang?Mari Shaz tolong carikan?”Aku yang sememangnya mudah gelabah terus kalut lagi melalut.Eh?Ayat apakah ini?Ah,lantaklah.Memang sah aku kalut!

“Nak cari kat mana nih Shaz?Akak rasa dah tak sempat.Beberapa jam saja lagi nak mula!!”Kak Mai meraung sekuat hati.Aku menggaru kepala yang tak gatal..What Im gonna do??

“Apa yang sebenarnya ni Kak Mai.Shaz tak faham.Cuba akak bagitahu Shaz dengan terperinci.Please!!”Aku sudah mengeluarkan kata-kata yang berunsurkan arahan.Cakap biarlah terang kak!Shaz tak faham nih!

“Macam nih,secretary Encik Nazril Raiqal berhenti kerja tanpa notis 24 jam.Baru saja dia inform Encik Nazril sebab ada perkara yang tidak dapat dielakkan.Mungkin masalah keluarga.”Cerita Kak Mai.Aku dengar dengan penuh khusyuk namun timbul kemusykilan di hati yang suci ini.Alahai,perasan!

“Okay,Shaz faham.Kalau macam tuh,carilah secretary yang baru.Takkan tak boleh kot..”Aku serkap jarang.Lambat pulak nak tunggu Kak Mai nih habis bercerita.Hahaha.

“Oip,bagilah akak habis cerita dulu.Ish,budak nih!”Marah Kak Mai disambut dengan sengihan daripada aku.Orang bersalah,bela diri macam nilah jawabnya.

“Ops,sorry sis.Okay,go on!”Aku memberi laluan untuk Kak Mai bercerita. Ayeshaz!Ayeshaz!Selalu aja bikin sengal!

“Encik Nazril okay saja kalau secretary dia berhenti,tapi hari ni ada mesyuarat penting nih.Projek berjuta-juta.Siapa nak sediakan minit mesyuarat kejap lagi.Akak tak boleh sebab petang nih akak perlu ikut Encik Aidil ke Ipoh.Dah janji dengan pembekal nak jumpa dekat sana.Penting juga!How we gonna do,Shaz?”Riak wajah Kak Mai sudah menunjukkan yang dia sudah mahu menangis.Kak Mai!Jangan nangis!

“Encik Nazril tak ada apa-apa perancangan ke?”Soalku.Dah tak tahu nak buat apa!!

“Ada.Dia suruh cari sesiapa yang boleh jadi secretary buat sementara.Masalahnya,siapa yang boleh gantikan buat sementara.Semua orang sibuk.Tambahan pula,ramai yang hanya tahu skop kerja diorang.Stres akak dibuatnya.”Luah Kak Mai.Aku terdiam.Orang yang boleh jadi secretary?Siapa ek?

‘Kau lah Shaz!’

Ek?Terkejut aku dibuanya.Oh iya!Aku lupa yang aku juga ambil bidang Secretary kat kolej dulu.Buat suka-suka aja.Yelah,aku nih selalu berangan nak jadi secretary Encik Handsome lagi macho.

“Kak......”Meleret-leret suara aku memanggil Kak Mai.Nak cakap malu pulak rasanya!

“Ya Shaz.Shaz ada idea nak suruh siapa sandang jawatan secretary untuk sementara tu?”Soal Kak Mai.Mukanya sudah berseri-seri.Aku kegelisahan.Nak cakap ke tak ek?Kalau tak cakap,kesian pulak kat Kak Mai.Lagipun,masa ni lah aku nak kenal Encik bos tuh.Kekeke,gatal ko Shaz!

“Actually,Shaz boleh aja jadi secretary sebab Shaz ada jugak ambil tahu dalam bidang nih.Tapi,Shaz tak pernah pulak buat praktikal semua.Just untuk tahu aja.”Terang aku panjang lebar.Takut juga disalah anggap.Ada ke tawar diri sendiri?hehe,orang tak buat tapi aku yang buat!

“Oh Shaz!!!!!”Sudah!Kak Mai mengamuk ke?Ala,aku cadangkan saja.

“Kak Mai!Shaz bukannya nak perasan.Shaz cuma cadang aja dan kalau Kak Mai tak nak tak payah.Shaz okay saja”Gelabah aku dibuatnya.Wargh!!Nak nangis!!

“Eh,apa hal pula Shaz??Malahan,akak nak berterima kasih kat Shaz.Akhirnya,akak jumpa dah orang yang boleh jadi secretary.Akak janji yang Shaz akan dapat bonus untuk PA ni.Terima kasih Shaz!”Alangkah terkejutnya aku selepas mendengar kata-kata Kak Mai.Ish,kalau aku tahu Kak Mai nak cakap macam tu,conform aku buat relaks aja.Kita Swag babeh!

“Sama-sama Kak Mai.”Aku tersenyum lega.

“Okaylah kalau macam tu.Kak Mai nak pergi jumpa bos kejap lepas tu nak siapkan kerja akak yang sedang menunggu akak tu.Kalau tak kena gaya,sampai ke malam lah akak dekat office ni”Rungut Kak Mai.

Aku hanya ketawa.Kesian sungguh Kak Mai namun apa yang boleh aku buat.Kerja sendiri pun berlambak.Memang buat aku tak cukup tangan.Walaubagaimanapun,aku tetap memberi ruang untuk diri aku menjadi secretary sementara untuk bos aku.Cari pengalaman bekerja orang kata sambil-sambil cuba mengurat bos sendiri.Kahkahkah,lawak betul kau ni Shaz!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan