Rabu, 14 Januari 2015

Novel:Bos!Jatuh Cintalah Kat Aku!!4

  
                                             Bab 4




Amira Alisha termenung sambil menunggu bas.Kenderaan yang lalu lalang diperhatikan dengan bosan.Hari-hari dia terpaksa menempuh semua ini untuk pulang.Bukannya dia tidak mampu untuk memiliki kenderaan,boleh sahaja dia meminta semua itu dengan uminya.Namun,Amira Alisha lebih suka hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.Di sebalik semua itu,dia sedar bahawa dia telah memilih jalan yang salah dalam usaha untuk berdikari.

“Mira,sampai bilalah kau akan hidup macam nih?”Monolog Amira Azlisha sendirian.Bas yang ditunggu-tunggu sekian lama belum muncul-muncul.Amira Azlisha mengeluh perlahan.

“Mira,kalau kau hidup dengan aku.Aku janji yang hidup kau akan berubah 180 darjah.Kau akan hidup bahagia.Tak perlu bekerja”Teringat akan kata-kata kawan lelakinya yang menyukai dirinya.Tak mungkin dia akan menyerahkan hidupnya buat lelaki yang tidak punya akhlak itu.

Hazim Nazri.Lelaki itu tidak berhenti-henti memujuk Amira Alisha agar menerima dia dalam hidupnya.Setiap hari Hazim Nazri cuba mengambil hati Amira Alisha dengan memberikan segala kemewahan kepada gadis yang dicintainya itu namun Hazim Nazri silap besar.Amira Alisha seorang yang berdikari masakan dia mahu menerima pertolongan atau pemberian daripada lelaki itu.Amira Alisha teringat akan pertemuan pertama dia dengan lelaki itu.Disebabkan Amira Alisha tidak sengaja menumpahkan air ke atas baju Hazim Nazri,Hazim Nazri telah pun terpikat dengan dirinya.Hingga ke saat ini,Amira Alisha sering diganggu oleh Hazim Nazri.

Lamunannya tersentak tatkala terdengar deruman motorsikal yang lalu lalang.Bas yang dinanti-nantikan sudah muncul tiba.Amira Alisha berdiri bersedia untuk menaiki bas.Ramai manusia yang mula berkumpul di perhentian bas.

Baharu saja Amira Alisha melangkahkan kakinya untuk menaiki bas,tiba-tiba ada suara yang memanggil namanya.

“Mira!!”Amira Alisha menoleh.Namun selepas itu,cepat-cepat Amira Alisha memboloskan dirinya ke dalam bas.Panggilan dari suara itu langsung tidak dipedulikan.Akhirnya bas selamat bergerak ke destinasi yang dituju.

Tiba-tiba samsung S3 milik Amira Alisha mula berbunyi.Penumpang yang berada di dalam bas memandang ke arahnya memaksa Amira Alisha untuk menjawab panggilan itu.

“Hello..”Jawab Amira Alisha lemah..Malas untuk melayan si pemanggil.

“Assalamualaikum,Lisha.Adik dekat mana nih?Akak risau adik tak balik-balik lagi.”Bebel kakaknya iaitu An nur Hudaina.Risau memikirkan Amira Alisha yang belum pulang dari tadi.

“Ish,akak nih.Call-call saja dah membebel.Adik penat tahu tak.Dah la orang baru balik dari kerja.Suka hati aja nak membebel.”Marah Amira Alisha.Bengang dengan sikap akaknya yang sorang ni.Selalu saja mencampuri urusannya dan marah akan dirinya tanpa usul periksa.

“Baiklah.Akak minta maaf.Akak bukan apa,akak risau adik tak balik-balik lagi.Dahla adik tu perempuan.Umi pun risau ni.Adik balik sekarang.Nanti kita bincang.”Arah An Nur Hudaina.Mulut Amira Alisha terkumat-kamit meniru ayat An nur Hudaina lalu mencebik.

“Yalah ni..AApa yang nak dirisaukan.Bukannya waktu malam nak risau bagai.Adik nak balik dah.Orang tengah duduk dalam bas ni.Tak pe lah kak,adik letak dulu.Bye!”Amira Alisha terus mematikan talian tanpa menunggu balasan daripada kakaknya itu.

Samsung S3nya disimpan di dalam beg dan bersiap sedia untuk memejamkan mata.Penat sungguh dia bekerja.Namanya kerja,mestilah penat.Hari ini Amira Alisha bekerja di siang hari kerana malas untuk mendengar bebelan kakak serta keluarganya disebabkan dia pulang lewat pagi.Biasalah,kerjanya sebagai pelayan kelab malam menjadikan dia pulang lewat pagi.

“Cu..”Amira Alisha menoleh saat mendengar suara nenek tua yang ditepinya itu.Amira Alisha menghadiahkan senyuman buat nenek itu.

“Nenek panggil saya ke?”Soal Amira Alisha sopan.Walaupun dia bekerja di kelab malam dan selalu mengikut kepala sendiri,dia masih hormat akan orang yang lebih tua dengannya.Namun tidak dengan keluarganya.Bagai ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk bersopan dengan mereka tambahan pula dengan kakaknya yang terlalu wara’.

“Nenek nampak macam cu ni ada masalah saja.Kenapa nih?”Tanya nenek tua itu prihatin.Amira Alisha tersenyum mendengar pertanyaan nenek itu.

“Biasalah nenek.Hidup memang banyak dugaan.Kita kenalah tabah dalam menghadapinya.Setiap masalah ada jalan keluarnya.”Lurus Amira Alisha menjawab.Amira Alisha selalu berpegang dengan kata-kata itu.Dia tidak boleh terus mengalah dan bergantung kepada orang lain.Dia boleh bangun dengan sendiri.

“Baguslah kalau macam tu.Lega nenek mendengarnya.Bukan apa cu,sekarang orang muda banyak yang mudah berputus asa dan menyalahkan takdir.Ramai yang menyerah sebelum berjuang.Hidup ini perlu kuat dan tabah.”Luah nenek itu lagi.Amira Alisha mengangguk mendengar kata-kata nenek itu.

“Tapikan nek..Kenapa jalan yang ingin kita pilih selalu berliku?Ianya selalu membuatkan kita untuk memilih jalan yang menyimpang.Jadi kita tiada pilihan nek..”Adu Amira Alisha.Air mata yang berada di tubir mata dikesat perlahan sebelum ia menodai pipinya.Nenek itu memegang tangannya erat.

“Cu,kita sentiasa punya pilihan.Sekiranya buntu,jangan segan-segan untuk memohon pertolongan daripada Allah.Dia yang mengetahui segala-galanya.Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.Serahkan hati dan dirimu untuk Allah,cu.”Nasihat daripada nenek itu berjaya membuatkan hati Amira Alisha dipagut sayu.Sungguh,dia lupa ada Yang Satu itu untuk dia memohon petunjuk.Sudah lama dia meninggalkan tikar sejarah tatkala memasuki kelab malam itu.Allah!Hina sungguh diriku ini!

“Terima kasih,nek sebab sudi mendengar luahan saya serta memberi nasihat kepada saya.”Ucap Amira Alish beserta senyuman.

“Sama-sama,Cu.Biasalah kita sesama manusia perlulah saling mengingati lagi-lagi pada orang muda.Ramai yang mengambil jalan singkat dan akhirnya terjerumus dengan gelombang maksiat.Almaklumlah,darah muda serta nafsu yang tidak dapat dibendung yang akhirnya melahirkan anak-anak yang tidak bersalah iaitu anak luar nikah.Lepas tu,mulalah buang anak merata-rata.Ada yang buang dalam tong sampah,dalam lubang tandas,ada juga yang buang dalam semak dan akhirnya dimakan binatang buas.Allah!Kesian sungguh bayi itu!Tidak dapat melihat bumi yang indah dengan lebih lama.”Nenek Tua itu menyapu air matanya yang mengalir tatkala meluahkan apa yang terpendam di lubuk hati.Amira Alisha tersentak.Sungguh!Dia terasa dengan kata-kata nenek tua itu.

“Maaflah,Cu kalau nenek terlebih tadi.Cuma nenek agak terkilan dengan perangai orang muda zaman sekarang.Nenek nasihat cu agar sentiasa berada di landasan yang betul ya.Jangan terjebak dengan benda-benda yang dimurkai Allah.Ingat!Setiap yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan.”Sambung nenek tua itu lagi.Amira Alisha hanya mampu tersenyum lalu mengangguk mendengar kata-kata nenek itu.

“Tak apa nek.Saya faham.”Mereka berbalas senyuman sebelum bas berhenti di perhentian.Amira Alisha bangun dari tempat duduknya lalu menyalami tangan tua itu.Sudah tiba di destinasi yang dituju.
“Saya turun dulu ya nek”Kata Amira Alisha dengan senang hati.Nenek itu cuma mengangguk.

“Cu..”Belum sempat Amira Alisha bergerak,nenek itu memanggilnya.

“Ada apa nek?”Soal Amira Alisha mesra.Nenek itu tersenyum..

“Nama Cu apa ya?”Tanya nenek itu sekadar ingin tahu.

“Amira Alisha nek..Assalamualaikum”Ucap Amira Alisha.

“Waalaikumussalam.”

“Hello,bro!”Tegur Nazril Raiqal dari belakang Amir Farhan.Bahu sahabatnya ditepuk perlahan.

“Waalaikumussalam.Alhamdulillah,kau dah sampai.”Perli Amir Farhan dengan muka yang agak sinis.Nazril Raiqal tersengih.Malu pulak rasanya kerana sebelum ini dia pernah menegur perlakuan Amir Farhan yang tidak beri salam sewaktu berjumpa.Kali ini dia terlupa.

“Astaghfirullahalazim,maafkan aku.Aku lupa nak bagi salam tadi. Assalamualaikum.”Ucap Nazril Raiqal yang sedang menarik kerusi yang berada di hadapan Amir Farhan.

“Waalaikumussalam.Boleh pulak kau lupa.Tapi tak apa lah,kita sesama manusia perlulah saling mengingati.Barulah hidup aman dan damai.”Kata Amir Farhan disambut dengan anggukan daripada Nazril Raiqal.Setuju dengan kata-kata Amir Farhan itu.

“Alhamdulillah.Terima kasih sebab tegur aku tadi.Ramai yang ambil remeh saja tentang salam ni.Walaupun salam hanyalah sunat dalam Islam,kita perlulah melakukannya.Takkan kita nak buat yang wajib saja.Yang sunat perlu diamalkan seperti solat sunat,solat dhuha,solat rawwatib dan solat sunat yang lain.”Beritahu Nazril Raiqal dengan penuh khusyuk.Terangguk-angguk Amir Farhan mendengar ceramah percuma Nazril Raiqal.

“Bukan dengan solat sahaja,Ril.Apa-apa yang Rasulullah S.A.W pernah lakukan mestilah kita amalkan.Contohnya,mulakan kerja dengan basmallah,mulakan dengan kaki atau tangan kanan dalan setiap pergerakan.Sentiasa membaca doa dalam semua aktiviti.Jangan lupa bertasbih kepada Allah.In Sha Allah,kita akan terhindar daripada syaitan laknatullah.”Sambung Amir Farhan pula.Mereka berbalas senyuman.Syukur ke hadrat ilahi kerana mereka masih lagi menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa mengingati Allah dan mengamalkan amalan Rasulullah S.A.W.

“Oh ya.macam mana dengan secretary kau tu?Dah jumpa yang baru?”Soal Amir Farhan memecah kesunyian.

“Belum lagilah.Nanti-nantilah aku buat interview.Eh,kau nak dengar cerita pasal secretary ‘terjun’ aku tak?”Tanya Nazril Raiqal sambil mengangkat keningnya.

“Haah..Lupa pulak aku pasal secretary ‘terjun’ kau tu..Macam mana tadi?Semuanya berjalan dengan lancar?”Amir Farhan membetulkan kedudukannya di atas kerusi.Tidak lama selepas itu,seorang pelayan restoran datang ke meja mereka.Lupa bahawa mereka belum lagi membuat order.

“Haha,lama punya kita sembang,lupa yang kita belum order lagi..Kau orderkan ya.Macam biasa”Ucap Nazril Raiqal disambut dengan ketawa Amir Farhan.Pelayan Restoran itu hanya tersengih malu lalu menghulurkan menu kepada mereka berdua.

“Emm,I want Chicken chop,Nasi beriyani tomato and Fresh Oren.Em,vanila desert.Semuanya dua.”Beritahu Amir Farhan setelah lama menilik menu itu.Menu tadi dihulurkan kembali kepada pelayan itu.

“Ops.Air tu tukar.Saya nak Milk Laici Soda satu.”Pelayan itu mengangguk lalu mencatat sesuatu sebelum beredar dari situ.

“Kau ni,kata nak sama dengan aku tadi.Last-last tukar jugak.”Kata Amir Farhan sambil menggelengkan kepalanya.Nazril Raiqal hanya tersenyum.

“So let continue our topic.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar malah secretary ‘terjun’ aku tu nampaknya tak kekok dalam melakukannya.Sebenarnya itu pertama kali dia jadi secretary.”Cerita Nazril Raiqal.

“Pergh..Terror betul perempuan tu ya.Boleh dia biasakan diri walaupun tu kali pertama dia jadi secretary.Tabik spring kat dia”Amir Farhan mengangkat tangannya seolah-olah tabik.

“Haha,tapi kau nak tahu satu lagi perangai dia yang aku tak jangka..Perempuan tu lurus sangat beb.Boleh dia cakap aku handsome.”Ceria Nazril Raiqal beserta ketawa.ternganga Amir farhan mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Nazril Raiqal.

“Apa?Dia terang tang-tang puji kau handsome?”Soal Amir Farhan dengan nada yang tidak percaya.

“Bukan itu sahaja,boleh pulak dia cakap untung kalau dia dapat aku.Senak perut aku dibuatnya.”Nazril Raiqal ketawa mengingatkan perangai pekerjanya yang melucukan itu.

“Kahkahkah.Ada ke perempuan macam tu dalam dunia ni,Ril?Macam tak percaya.”Ucap Amir Farhan lagi.
“Adalah kut.Haha,sedap pulak kia gelakkan orang.”Nazril Raiqal menyuruh Amir Farhan berhenti ketawa.Sesedap nasi goreng pattaya aja diorang ketawakan orang lain.

“Eh,tapi kau baik-baik dengan dia.Jangan pulak nanti dia pikat kau.Naya nanti.”Nasihat Amir Farhan.Nazril Raiqal mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

“Jangan kata yang kau lupa yang kau ada rahsia besar yang kau simpan selama nih.Kau jangan lupa tu Ril..”Kata Amir Farhan jelas.Terlopong Nazril Raiqal waktu iu.Langsung tidak terlintas di benaknya tentang itu.Tak mungkin lah!

“Ish,kau ni.Ada ke macam tu.Dia bergurau aja tu.Dah,tiba-tiba aja sebut pasal rahsia tu pulak.Aku masih belum lupa tentang semua tu.Kau jangan risau.Lebih baik kita makan.”Ucap Nazril Raiqal sejurus pelayan restoran menghidangkan makanan yang dipesan sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan