Bab 1
“Ariana Qaisara,sudikah awak menjadi isteri saya??”Ariana Qaisara tergamam.Dia langsung tidak menjangkakan semua ini berlaku.
“Encik Hazif,saya tak sesuai untuk encik.Saya ni PA encik aja dan saya orang kampung.Sungguh,saya tak layak nak bergandingan dengan Encik”
“Tak.Semua itu tak penting sayang.As long as you love me too.Im deeply,crazily love on you.Only you in my heart,no one else”
“Tapi...”Belum sempat Ariana Qaisara berkata,Hazif Aizam terlebih dahulu memintasnya.
“Syhh...Saya tak nak dengar apa-apa lagi daripada awak,Ana.Just tell me that you love me or not?”Ariana Qaisara kegusaran.Sungguh,hatinya sudah tepikat dengan lelaki yang berada di hadapannya ini.
“Err,I dont have the answer for the question...”Luah Ariana Qaisara perlahan.Dia sudah tidak sanggup memandang Hazif Aizam.
“Ana,please looking inside my eyes.Say it,if you dont ever love me?”Hazif Aizam menolak perlahan dagu Ariana Qaisara.Mereka berpandangan.
“I cant!!”Air mata Ariana Qaisara akhirnya mengalir.Dia tidak dapat bertentang mata lagi dengan Hazif Aizam.Bagaimana untuk dia menyatakan yang dia juga sudah mencinai Hazif Aizam setulus hatinya sedangkan dia langsung tidak setaraf dengan Hazif Aizam.
“Ana.......”
“Yes.Ana cintakan Zif.Tapi Ana tak setaraf dengan Zif.Zif sepatutnya pilih isteri yang berpangkat Tengku bukan macam Ana.”Terluah juga apa yang berada di lubuk hati Ariana Qaisara setelah sekian lama memendam rasa.Panggilannya untuk Hazif Aizam juga urut berubah.
“Yes!!That not to be problem dear.As long as we love each other.Mama Zif pun tak pernah memandang darjat.Dia tak kisah siapa pun yang akan jadi isteri Zif.Sayang jangan risau.Im totally sure about it.”Ucap Hazif Aizam dengan gembira.Terpancar wajah gembiranya setelah mendengar kata-kata Ariana Qaisara sebentar tadi.
Ariana Qaisara tersenyum manis.Dia sudah penat untuk berbahas dengan Hazif Aiam yang sememangnya mampu mencantas segala yang dia katakan.
“Oh my!!!!!Sweetnya novel nih!!Wah,aku pun nak jadi macam nih”Tempik aku sekuat hati.Ibu yang turut berada di ruang tamu mengurut dadanya.Terkejut mendengar jeritan aku yang sememangnya mengalahkan tarzan
“Ya Allah,Ayeshaz!Kenapa lah menjerit macam tuh sekali.Terkejut ibu!”Marah ibu kepadaku.Aku tersenyum manis sambil menayangkan novel yang berada di peganganku.
“Ibu,novel nih best lah.Hero dia romantik gila.Untung Ariana Qaisara dapat orang yang sayang gila kat dia..Dahlah bos sendiri..Alangkah indahnya dunia kalau....”
“Udah-udah lah angan-angan mat jenin kamu tuh.Itu semua dalam novel aja.Tak adanya yang macam tuh kat dunia realiti ni.”Ibu menggelengkan kepalanya lalu beredar ke dapur.
Aku tayang muka selamba.Ibu aku tuh memang selalu bebelkan aku.Yelah,aku nih kuat berangan bila baca novel.Aku selalu berangan yang akulah heroinnya..Hahaha,kelakar tak?Eleh,aku tak kisah pun orang nak cakap apa.Janji aku bahagia.Korang merana?Ada aku kisah?
Oh lupa pulak aku nak kenalkan diri.Aku,Nur Ayeshaz Amani binti Aqil Shazran.Amacam?Nama aku nih ada yang sama dengan awek,pakwe,adik,kakak,nenek korang?Ek?Nenek?
Tak-tak!Nama aku limited addition.Satu dalam dunia nih.Hahaha
“Ayeshaz dah nak tamat belajar kan??”Entah apa-apa soalan lah yang meniti di bibir ibuku seorang nih.Aku mengerutkan dahi.
“Haah bu.Dalam bulan depan.Lepas tuh graduate..Wah,sukanya!!!!”Aku bagaikan orang yang baru sedar dari tidur.Tak lama lagi aku nak kerja.Kumpul duit,lepas tuh kahwin!!!
Yelah,aku selalu berangan nak kahwin dengan CEO.Alangkah indahnya andai aku dapat menggapai angan-anganku yang satu ini!
“Owh,kamu dah ada perancangan nak buat apa lepas graduate?”Ibu sudah mengambil tempat di sebelahku.Aku mengengsot ke tepi bagi memberi ruang untuk ibu duduk.Alahai bu!Potong stim betullah..
“Perancangan??Hum,dah ada ibu.Lepas graduate Shaz nak relaks dulu,ambil mood holiday...Lepas tuh...”
“Ek?Mood holiday?Kamu ingat ni cuti sekolah ka?Aish,dah besar pun nak holiday bagai?”Ibu menggelengkan kepalanya.Aku tergamam.Alahai ibuku tersayang.Anakmu ini belum habis bercakap lagi dah pintas orang cakap.Cuti sekolah?Shaz bukan cuti sekolah bu,tamat belajar terus ni!
“Eh,tak lah bu.Bukan itu yang Shaz maksudkan.Shaz nak pergi jalan-jalan dulu rumah Tok Wan,Mak Usu,Mak Ngah ,Mak Uda dan segala Mak lah.Sebelum ni,Shaz susah nak jenguk dorang tuh.Almaklum lah,Shaz ni masih bergelar pelajar.Duduk pulak jauh dari negeri sendiri.So,faham-faham lah ya!”Bicaraku seperti aku sedang bercakap dengan rakan-rakan sekolej aku.Woish,bukan main selamba gajah aja aku bercakap.Tak da tapis-tapis meh!
“Ye anakku Nur Ayeshaz Amani binti Aqil Shazran.Hoiii,kalau bercakap memang tak pandang kiri kanan ya..Tengah bercakap dengan ibu ni sayang oi.Bukannya teman sekolej awak ya..”Pesan ibuku.Kan dah kata.Ibu mesti marah punya.Ayeshaz,behave!Depan kau nih ibu kau!Bukan orang lain!
“Ibu,Shaz mintak maaf.Shaz tak sepatutnya cakap macam tuh.Shaz terlepas laku tadi.Ampunkan Shaz bu!”Tangan ibu ku raih lalu ku kucup lembut tangan tua itu.Air mataku hampir mengalir tatkala mengenangkan kelakuanku sebentar tadi.Jangan sesekali buat ibu kita sedih dengan perangai dan bicara kita.Sekiranya kita ada melakukan kesalahan terhadap ibu kita,pohonlah kemaafan dengan segera.Kelak,hidup kita menjadi tenteram dan bahagia.Amin!
Ibu hanya tersenyum.
“Ya,Ibu maafkan Shaz.Ibu hanya tegur Shaz saja.Ibu taknak anak ibu tunjukkan kelakuan yang tak senonoh depan orang lain.Semuanya untuk kebaikan Shaz jugak.Lagipun,kalau ibu tak tegur,siapa lagi yang nak tegur Shaz?”Ibu mengusap kepalaku dengan lembut.Aku meletakkan kepalaku ke riba ibu.
“Ya,ibu berhak tegur segala kelakuan Shaz yang tak patut Shaz lakukan.Maafkan Shaz bu.Shaz berdosa dengan ibu.Shaz janji Shaz tak buat lagi”Aku meraung sekuat hati di pangkuan ibuku.Ibu hanya mampu tersenyum.Tahu sangat yang aku nih sememangnya Queen Of Drama.Cepat sangat tersentuh.
“Okaylah.Tak payah nak drama sangat.Ibu tanya pasal lepas graduate saja,boleh pulak buat drama swasta...haha”Ibu ketawa membuatkan aku tersenyum bahagia.Ibu,ibu!Ni yang buat aku sayang lebih kat ibu ni.Ibu,Shaz sayang ibu 1000000000000000000%!
Apa,korang ingat rindu awak 200% sahaja yang ada?I sayang ibu I lebih taw!Gedik nyah!
“Back to the story...”Amboi ibu.Speaking meh.Ibu aku pandai speaking!Kau ada?
“Ok.Lepas Shaz lawat family kita,Shaz ingat nak bermanja-manja dulu dengan ibu.Sambil bermanja tuh,Shaz akan apply kerja yang setaraf dengan kelayakan Shaz.”Ceh,ayat aku.Macam peribahasa pulak bunyinya.Sambil menyelam minum air tapi aku nih,sambil bermanja,apply kerja..haha.
“Baguslah kalau kamu dah ada perancangan nak kerja terus.ibu bukan apa,nak lah jugak...”
“Oh,ibu nak menantu ek?Jangan risau bu.Time kerja nanti Shaz usha mana-mana jejaka handsome.Ops,tak-tak.Shaz nak yang bos aja.Macam dalam novel”Aku sudah membayangi novel yang aku baca tadi.Sweetnya Hazif Aizam!!
“Alahai anak ibu yang tersayang nih!Tak habis-habis dengan watak dalam novel tuh.Kempunanlah ibu nak menantu kalau macam nih”Ibu menepuk dahinya setelah mendengar pengakuanku tadi.Aku hanya mampu tersengih sambil mengangkat jariku menayangkan ‘peace’.
“Suka hati kamulah Shaz.Asalkan Shaz bekerja dengan elok nanti.”Tangan ibu sudah mencapai remote televisyen.Masa untuk drama!!
.......................................
Akhirnya!Aku sudah tamat belajar.Hehehe,sebenarnya sudah 3 bulan aku meninggalkan status aku sebagai pelajar.Ecece,bunyi macam orang kahwin pulak!
“Shaz.!!Kamu dah dapat ke belum kerja yang kamu apply tu?”Soal ibu seusai kami sekeluarga siap makan malam.
“Oh,Sudah ibu!Shaz dah dapat.Baru petang tadi syarikat tu hubungi Shaz.Shaz ingat nak buat suprise kat ibu kejap lagi.”Ujar ku sambil membasuh pinggan di singki.Ibu menyambut huluran pinggan yang sudah aku basuh lalu mengelapnya.
“Alhamdulillah.tak payah nak buat suprise bagai lah.Ibu ni bukannya suka sangat semua tuh.Kan tak pasal-pasal,awak pulak yang terkejut tengok ibu kat hospital”Gurau ibu.Aku mengetap bibir geram.
“ibu,tak naklah hospital semua nih.Janganlah doakan macam tu bu.Shaz tak nak ibu sakit.Shaz sayang ibu”Aku merangkul pinggang ibu erat.
“Yelah,sayang oi.shaz dapat kerja dekat mana?”Soal ibu kembali.Aku merenggangkan pelukan
“Shaz dapat kerja dekat Bulletproof Side.In Sha Allah.Kalau tak ada aral melintang,Shaz mula kerja minggu depan.”Kataku kepada ibu.Ibu menganggukkan kepalanya.
“Baguslah kalau macam tuh.Tak adalah Shaz bosan duduk dekat rumah.”Aku hanya tersengih.Ibu ni,macam tahu-tahu aja..Tapi,
“Bu,nanti bolehlah Shaz jumpa dengan bos-bos yang handsome!!Biar bos jatuh cinta kat Shaz.Oh dunia!!”Ah sudah!Aku dah start nak berangan..Oh my bos!!
“Alahai,tak sudah-sudah dengan bos dia tuh.Yelah,ibu doakan yangShaz dapat bos yang handsome lagi baik budi pekerti.Iu lagi penting!”Doa ibu sambil menadah tangan.Haiya,kalau ibu dah buat aksi tuh maknanya dia tu menyampah tahap gaban lah .Aku mendiamkan diri sebelum aku dihentam habis oleh ibu.
=============================================================
“Ril...”Nazril Raiqal yang sedang menuruni anak tangga mendongak ke arah Puan Mazlin.Senyuman lebar dihadiahkan buat mama tersayang.
“Mama,good morning!”Sapa Nazril Raiqal lalu tunduk mencium pipi Puan Mazlin.Puan Mazlin tersenyum melihat perlakuan anaknya itu.
“Morning.Ni,kenapa kamu turun seorang aja.Mana Amir?”Soal mama yang sedang sibuk menyeduk mee goreng ke dalam pinggan.Matanya sudah meliar mencari kelibat anaknya yang seorang lagi.
“Ish,mama nih!Turun-turun dah cari si Amir tu.Merajuklah kalau macam tu”Nazril Raiqal memeluk tubuhnya bersama muncung sedepa.
“Eleh,kau ni.Nak merajukla pulak.Mama,jangan hiraukan Si Nazril ni.Besar-besar masih merajuk.Buat malu aja.”Ucap Amir Farhan yang sedang menapak ke meja makan.Nazril Raiqal mencebik.
“Ikut suka aku lah mama aku.Syuh-syuh.Pergi jauh-jauh.”Halau Nazril Raiqal dengan muka tiada perasaan.
“Mama...Tengok Ril ni...Sampai hati dia halau anak kesayangan mama..”Adu Amir Farhan kepada Puan Mazlin.Puan Mazlin ketawa melihat telatah anak-anaknya ini.Walaupun sudah besar,namun mereka langsung tidak malu untuk bermanja dengannya.
“Sudah-sudah.Walaupun Amir bukan anak mama,mama tetap anggap Amir macam anak mama sendiri.Kasih sayang mama terhadap kamu berdua tiada belah bahaginya.Sama sahaja.Kamu semualah permata hati mama dan papa.”Ucap Puan Mazlin sayu.Dicium kepala anak-anaknya itu dengan penuh kasih sayang.
“Ya,mama.Kami tahu.Kami sengaja usik mengusik pagi-pagi ni.Barulah hidup sentiasa ceria.Betul tak Ril?”Kata Amir Farhan dengan ceria.Nazril Raiqal menganggukkan kepalanya sambil tersengih.
“Aish,satu perkara yang mesti diingat.Masa kecik-kecik dulu mama pernah menyusukan Amir.Jadi secara tak langsungnya mama merupakan ibu susuan Amir.Jadi kami dah macam adik-beradik kerana mendapat susu daripada ibu yang sama.”Terang Nazril Raiqal dengan panjang lebar.Senyuman yang indah menghiasi wajah mereka.
“Amboi-amboi,korang berdua ni.Bila dah dapat mama,lupa yang Ina pun anak kesayangan mama jugak.Ni terasa macam nak mogok makan nih!”Tiba-tiba seorang gadis yang berumur dalam lingkungan 17 tahun menghampiri mereka.Serentak mereka berpaling ke arah suara itu.
“Pergh,ada orang tu nak mogok makan.Ish,sepatutnya mogok lah tak nak bercakap ke,tak nak keluar rumah ke,ni ada nak mogok makan.Macam lah tak tahu yang princess kita ni memang tak boleh berenggang dengan makanan dia.Kalau tak jumpa makanan dalam sejam boleh bertukar jadi vampire.Nak makan orang!”Usik Nazril Raiqal disusuli dengan gelak ketawa.Ina ataupun nama penuhnya,Azlina Alfira menghentakkan kakinya tanda protes.
“Eii.Bencinya dengan Along dengan Abang Mir!Dua-dua menyampah!”Balas Azlina Alfira dengan perasaan yang menebal.
“Eh,kenapa pulak dengan Abang Mir?Abang Mir tak cakap apa-apa pun!”Ucap Amir Farhan membela diri.
“Eh,apa yang bising-bising nih?”Soal Encik Syahmi yang baru keluar dari biliknya.Mereka hanya tersenyum membiarkan soalan daripada Encik Syahmi berlalu dengan begitu sahaja.Mereka mula sarapan pagi bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan